BAB 1: PERSPEKTIF
TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Sosiologi merupakan teori lahir daripada masyarakat
yang berteraskan teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme
simbolik.
Teori
fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan mengkaji
perubahan sosial dalam masyarakat. Masyarakat mempunyai pelbagai bahagian dan
setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Menurut teori ini, struktur
sosial merupakan faktor kelancaran keharmonian dan kemajuan masyarakat.
Teori konflik menganalisis
konflik-konflik dalam masyarakat yang sentiasa berubah. Konflik tersebut berkait
rapat dengan persoalan seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama.
Teori ini juga mengkritik kapitalisme yang merupakan sistem pengumpulan
kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan
Teori interaksionisme simbolik pula
mengkaji cara manusia menginterpretasi dan kelakuannya dalam keadaan tertentu.
Teori ini juga mengkaji makna simbolik menerusi hubungan manusia dan cara
manusia menggunakan simbolik ketika berkomunikasi. Manusia berkeupayaan membuat
modifikasi antaranya dan keupayaan ini memanjangkan kemungkinan kesan tindakan,
membuat penilaian dan menentukan tindakan yang sesuai.
Kesimpulannya, pandangan teori
konflik ialah masyarakat berada di dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan
sentiasa menjaga kepentingan masing-masing. Teori fungsionalisme pula mengkaji
fungsi perlakuan sosial atau masyarakat. Akhir sekali teori interaksionisme
simbolik lebih merujuk kepada pendekatan mikro iaitu bagaimana seseorang
menginterprestasi dan bertindak menurut kemahuan. Setiap perlakuan atau aksi
individu bersifat subjektif ditafsirkan dandiperjelaskan akan maknanya.
BAB 2: KONSEP
SOSIALISASI
Sosialisasi adalah suatu proses pembelajaran yang
berterusan di mana seseorang individu mempelajari peranan, status dan nilai
dalam institusi sosial. Ini bermakna pembentukan pendirian seseorang individu
bergantung kepada apa yang dipelajarinya ketika zaman kanak-kanaknya.
Teori
Sosialisasi menekankan perkembangan kognitif, pemerolehan moral dan
perkembangan kemahiran sosial dan sosialisi mempunyai tiga jenis iaitu
sosialisai permulaan, sosialisasi sekunder dan sosialisasi semula. Sosialisasi
permulaan merupakan peringkat belajar kanak-kanak dalam membentuk diri dari
pelbagai aspek. Sosialisasi sekunder melibatkan pengaruh agen
sosialisasi(rakan, guru, media massa dan sebagainya) merupakan peringkat
pemilihan peranan seseorang individu itu sendiri. Sosialisasi semula pula merupakan
proses perubahan konsep diri dan cara hidup seseorang individu akibat
dipengaruhi oleh faktor keluarga, agama, pendidikan, ekonomi dan kerajaan.
Sehubungan
dengan itu, keluarga mempengaruhi proses perubahan seseorang individu kerana ia
merupakan tempat kanak-kanak membesar. Agama pegangan hidup, pendidikan
pembentuk generasi muda, ekonomi dan politik memberi kesan secara langsung
kepada kehidupan seseorang individu.
Kesimpulannya,
kanak-kanak belajar dari pengalaman. Pembentukan dan perubahan pendirian
seseorang individu berkait rapat dengan persekitaran pembelajaran awalnya dan
pelbagai faktor luaran yang disebutkan tadi.
PROSES
SOSIALISASI
Terdapat
empat tahap dalam proses sosialisai iaitu Tahap Persiapan(Preparatory stage),
Tahap Meniru(Play stage), Tahap Siap Bertindak(Game stage) dan Tahap Penerimaan
Norma Kolektif(Generalized stage).
STRATIFIKASI SOSIAL
Stratifikasi
menunjukkan perbezaan antara individu-individu ataupun antara kumpulan-kumpulan
dalam struktur masyarakat. Setiap individu atau masyarakat berbeza secara
hirarki. Walau bagaimanapun, pendemokrasian pendidikan memberi peluang yang sama kepada semua individu tanpa mengira kelas, umur ras dan
gender untuk memperkembangkan kebolehan
dan bakat.
BENTUK ATAU CORAK
INTERAKSI MURID DALAM KUMPULAN
Terdapat beberapa
jenis interaksi murid dalam kumpulan, antaranya termasuk interaksi
sehala, dua hala dan dua hala antara kumpulan. Dalam interaksi sehala dalam
kumpulan,seorang pelajar dilantik untuk menjadi ketua. Kelebihan interaksi ini
adalah ketua kumpulan dapat melicinkan akitiviti kumpulan manakala kelemahan
interaksi ini adalah ahli kumpulan tidak dapat berinteraksi antara satu sama
lain.
Interaksi
dua hala melibatkan interaksi antara ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan
ahli. Interaksi dua hala antara kumpulan pula mengalakkan interaksi antara
ahli-ahli dalam kumpulan, dan interaksi antara ahli kumpulan dengan ahli dari
kumpulan yang lain. Kedua-dua interaksi ini dapat mengeratkan hubungan pelajar
di samping meningkatkan kebolehan pelajar dalam bersosial atau bercakap depan
khalayak ramai.
PENGANIAYAAN SIMBOLIK
Penganiayaan simbolik
diperkenalkan
oleh Pierre Bourdieu. Penganiayaan adalah perbuatan menganiayai, penyeksaan,
penindasan manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, simbolik berkaitan
dengan lambang. Menurut Amir Hasan Dawi, Penganiayaan simbolik merupakan
penindasan terhadap kelas pekerja atau kelas sosial lebih rendah oleh dominasi
budaya.
Dalam penganiayaan simbolik, kelas
atau kumpulan lebih rendah terpaksa sering menjadi mangsa kerana mereka
kekurangan modal budaya. Dalam bidang pendidikan,
penganiayaan secara simbolik berlaku apabila budaya kelas sosial atas lebih
sesuai dalam amalan pendidikan di sekolah berbanding budaya kelas sosial bawah.
Sehubungan dengan itu, guru berperanan penting dalam mengelakkan amalan penganiayaan simbolik dalam pengajaran. Seseorang guru tidak patut mengandaikan semua murid tahu apa yang diajarkan ketika mengajar, membezakan murid yang mengikut kecerdikan, memandang rendah terhadap murid dan mengajar tanpa mengambil kira keperluan murid.
MODAL BUDAYA
Modal budaya murid merupakan sumber
budaya yang ada pada seseorang murid di mana ia menanam nilai-nilai pada
murid-murid yang menentukan sikap dan tahap pencapaian mereka dalam sekolah.
Setiap murid mempunyai latar budaya yang tersendiri yang diperolehi daripada keluarganya khususnya ibu bapa. Mereka
yang berlatar belakang kelas atas mempunyai budaya yang berbeza berbanding
kelas bawah. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam budaya kelas dominan mempunyai
kelebihan dalam pendidikan. Ini bermakna murid yang mempunyai modal budaya
mampu mencapai kejayaan dalam sekolah.
BAB 3: PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN
Pengurusan
pembelajaran adalah penting bagi seseorang guru dalam menambah ilmu
pengetahuan, meningkat mutu kerja dan menambah produktivitinya. Terdapat
pelbagai jenis kaedah pengurusan yang boleh diguna seperti pengurusan berpusatkan
pelajar, berpusatkan bahan, berpusatkan guru, pengurusan bahan pembelajaran,
tempat, masa dan pengajar.
Seseorang guru yang professional perlu menguasai dan
mengurus pengetahuan berkaitan dengan pelajar, pedagogi, kurikulum,
konten-pedagogi, kandungan mata pelajaran, konteks pendidikan Malaysia dan
falsafah pendidikan Malaysia. Secara umumnya, pengurusan pembelajaran boleh
dijalankan dari pelbagai aspek seperti tradisional, moden, barat, Islam, Cina,
India dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
PENGURUSAN SEKOLAH
Pengurusan sekolah adalah sukar
kerana sekolah dan sistemnya terdiri daripada organisasi manusia. Kumpuluan
sasaran sekolah juga adalah manusia dan merupakan golongan kanak-kanak dan
remaja yang kompleks dalam proses perkembangan mental, fizikal, emosi dan
sosial. Golongan ini adalah sangat penting dan merupakan harapan atau asset
utama sesebuah negara. Oleh itu, pengurusan organisasi sekolah perlu strategik,
kreatif dan inovatif supaya sekolah yang berkesan dapat diwujudkan.
MATLAMAT PEMBELAJARAN
Pendidikan bertujuan melahirkan
warganegara yang baik dari dimensi interinsik dan dimensi instrumental. Rakyat
yang mendapat pendidikan yang baik akan mempunyai kepercayaan atau pegangan
teguh kepada tuhan, berkelakuan baik dan bertanggungjawab, berilmu pengetahuan
dan mampu memberi kesumbangan kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan
negara.
PRINSIP PENGAJARAN
Rancangan pengajaran harian(RPH) perlu
dirancang mengikut urutan bermula dengan set induksi di mana aktiviti ringkas
dijalankan bagi menarik perhatian murid sebelum penyampaian maklumat
dijalankan. Seterusnya pada peringkat penyampaian, guru perlu merancang
langkah-langkah yang bersesuaian dengan bahan, aras pencapaian dan masa
pengajaran. Akhir sekali penutup adalah penting dalam mengukuhkan lagi isi yang
disampaikan dan menilai keberkesanan pengajaran.
Hal ini memerlukan kreativiti guru
supaya tumpuan pelajar dapat dikekalkan dan seterusnya pengajaran dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan. Faktor masa, jumlah murid, penggunaan
bahan membantu mengajar dan kesukaran bahan mengajar juga perlu diambil kira
semasa membuat rancangan pengajaran. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran,
di samping mengulang isi-isi, membuat latih tubi, guru juga harus melibatkan
pelajar dengan mengalakkan murid untuk bersoal, memberi pandangan dan berhujah.
PRINSIP PEMBELAJARAN
Dalam proses pembelajaran, pemberian
latihan dapat membantu murid mengukuh pengetahuan yang dipelajari dan
mengaplikasikannya. Suasana pembelajaran yang selesa dari pelbagai aspek,
pengajaran yang berfokus, penglibatan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, persediaan guru dan pengkajian murid sebelum mengajar dan suasana
pengajaran berbentuk dorongan merupakan aspek-aspek yang penting dalam menjamin
keberkesanan pembelajaran murid.
Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan murid belajar. Antaranya termasuk
kematangan fizikal murid, pengekalan tumpuan, dorongan untuk menimbul dan
mengekalkan minat, persekitaran dan pengalaman murid.
Kesimpulannya, kaedah pembelajaran
dan teknik pengajaran harus sentiasa dikaji dan dipertambahbaik dari semasa ke
semasa supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan.
BAB 4: KEPIMPINAN DAN
ORGANISASI
Dalam pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia,
Menteri Pelajaran Malaysia diketuai oleh Menteri Pelajaran diikuti dengan dua
Timbalan Menteri. Pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia pula
terdiri daripada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pelajaran, Timbalan Ketua
Setiausaha , Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran dan terdapat 16 Jabatan Pelajaran di Malaysia.
Dalam organisasi sekolah, setiap
ahli organisasi mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Pengetua
mengetuai sistem pentadbiran sekolah diikuti oleh penolong kanan pentadbiran,
penolong kanan hal ehwal murid dan penolong kanan kokurikulum. Pengetua
bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum , melicinkan hal
pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah serta mewujudkan hubungan dua hala
dengan komuniti luar. Penolong kanan pula bertanggungjawab membantu pengetua
dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah dan menjalankan tugasnya
semasa ketiadaannya.
Dalam pengurusan mata pelajaran,
setiap mata pelajaran diagih mengikut bidang, antaranya termasuk bidang bahasa,
bidang sains dan matematik, bidang teknik dan vokasional dan bidang
kemanusiaan. Setiap bidang diketuai oleh seorang guru ketua bidang dan setiap
mata pelajaran mempunyai seorang ketua panitia.
Kepimpinan peringkat sekolah
mempunyai empat gaya kepimpinan iaitu autokratik di mana kawalannya adalah
ketat, demokratik yang bersifat liberal, Laissez-faire yang bertentangan dengan
autokratik dan kepimpinan kontingensi
Dalam kepimpinan bilik darjah, guru
merupakan pemimpin di dalam bilik darjah dan sewaktu ketiadaan guru dalam
kelas, murid-murid diberi kuasa untuk memimpin. Untuk menjamin keberkesanan
kepimpinan guru, seseorang guru perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan
kemahiran diri, tidak bersifat mementingkan diri, bijak membuat keputusan,
menjadi contoh kepada murid dan boleh menyampai visi yang jelas dalam bilik
darjah. Selain itu, seseorang guru yang ingin berjaya dalam mendidik murid
perlu mengamal gaya pengajaran yang betul berdasarkan keadaan bilik darjah dan
murid.
BAB 5: PENGURUSAN
MURID
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di
sekolah kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan menjejaskan
prestasi sekolah dalam pelbagai aspek. Oleh itu, pengurusan murid perlu
dijalankan dengan sistematik.
Pengurusan murid mempunyai beberapa
elemen penting, antara ialah pengurusan rekod murid, kesediaan belajar murid
dan memotivasikan murid. Setiap elemen mempunyai peranan masing-masing dan
harus dijalankan dengan sistematik. Pengurusan rekod murid yang rapid dan
mantap dapat membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah murid dengan
lebih mudah kerana pihak sekolah dapat merujuk kepada segala maklumat mengenai
murid yang bermasalah. Hal ini dapat melicinkan sistem pengajaran dan
pembelajaran secara tidak langsung.
KESEDIAAN MURID BELAJAR
Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan
dalam seseorang individu yang bersedia dan berupaya untuk mendapatkan sesuatu
pengalaman pembelajaran baru. Dari segi kematangan fizikal, mental, sikap dan
emosi, jenis kesediaan untuk belajar termasuklah kesediaan psikomotor,
kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Setiap murid menunjukkan tahap
kesediaan belajar berbeza walaupun dalam situasi yang sama. Ini adalah kerana
setipa murid mempunyai perbezaan dari segi perkembangan mental, sikap dan minat,
kadar pertumbuhan fizikal, keyakinan diri, jantina dan dalam diri individu.
Sehubungan dengan itu, guru harus
menyedari perbezaan yang ada pada setiap murid dan membuat rancangan pengajaran
dengan bijak. Strategi seperti penggunaan set induksi yang menarik, rancang
aktiviti berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada, pemilihan isi
pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid dan sebagainya.
MEMOTIVASIKAN MURID
Motivasi merupakan rangsangan yang
membangkitkan respond seseorang individu untuk mencapai sesuatu matlamat atau
keinginan. Guru memainkan peranan penting dalam memotivasikan murid-muridnya
dengan membentuk persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran yang kondusif dan
sentiasa memberi dorongan kepada murid dengan memberi pujian atau anugerah
kepada murid. Selain itu, guru harus mewujudkan suasana pembelajaran koperatif
dan kolaboratif supaya dapat membantu murid lemah dalam mendapatkan pertolongan
dalam pembelajaran.
Kesimpulannya, perancangan dan
pengurusan murid yang baik dan sistematik dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang baik dan sempurna di samping meningkatkan motivasi murid khususnya untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, pelbagai pihak perlu bekerjasama
dalam menjalankan pengurusan murid supaya dapat melahirkan murid cemerlang
dalam pelbagai aspek.
BAB 6: PENGURUSAN
BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang
melibatkan penyusunan tempat duduk murid dan galakan interaksi antara murid.
AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN
Dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran
berkumpulan, murid dikelompokkan dalam kumpulan mengikut kebolehan atau minat.
Kumpulan boleh dibentuk mengikut kebolehan(pelajar sama kebolehan) atau
pelbagai kebolehan dalam satu kelompok. Pengajaran berkumpulan dapat melicinkan
proses pembelajaran murid dan menggalakkan interaksi dan kerjasama antara
murid. Terdapat tiga jenis corak interaksi murid dalam kumpulan dan ia amat
bergantung kepada cara pengendalian guru. Walau bagaimanapun, kelemahan yang
ketara dalam aktiviti pengajaran berkumpulan ini adalah guru tidak dapat
memberi perhatian yang saksama kepada setiap kumpulan.
AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU
Dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran
individu, guru harus menggunakan pelbagai cara untuk membantu proses pembelajaran
ini supaya setiap murid dapat belajar secara menyeluruh. Oleh itu, guru harus
menyedari perbezaan yang ada pada semua muridnya melalui pemerhatian dalam
kelas dan merancang pengajaran dengan bijak.
Pengajaran individu boleh dijalankan
dalam kumpulan kecil dan kewujudan situasi pembelajaran yang meransang adalah
diperlukan. Selain itu, murid harus mengambil inisiatif dalam memantapkan
penguasaan kemahiran yang dipelajari. Kelebihan aktiviti pengajaran individu
ini adalah murid dapat meguasai pelbagai kemahiran dan memperkembangkan
kemahiran berfikir mengikut kebolehan masing-masing. Murid juga akan lebih
berkeyakinan dan bermotivasi untuk belajar sendiri.
PUSAT PEMBELAJARAN
Pusat pembelajaran adalah ruang dalam bilik darjah
yang disediakan dengan pelbagai bahan sumber. Di samping belajar, murid
berpeluang untuk menggunakan ruang ini untuk membina kreativiti dan keyakinan
melalui pameran hasil kerja masing-masing.
Pusat pembelajaran harus dibina
mengikut panduan tertentu dan penubuhannya juga perlu mengambil kira beberapa
faktor seperti aspek fizikal dan ekonomi. Terdapat tiga jenis pusat
pembelajaran iaitu pusat pembelajaran langsung, pusat pembelajaran terbuka dan
pusat pembelajaran kemahiran. Guru dan murid mempunyai tanggungjawab
masing-masing dalam pengurusan pusat pembelajaran.
PENYEDIAAN BAHAN
Bahan pengajaran berfungsi sebagai
rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif. Melalui
penggunaan bahan pengajaran maka guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan
lebih jelas dan dapat membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran
terbahagi kepada dua jenis iaitu bahan hidup dan bahan bukan hidup. Ini
bermakna bahan pengajaran tidak terhad kepada buku teks dan gambar-gambar
sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang
dapat dilihat, didengar, dipegang, digunakan dan sebagainya.
Dalam memilih bahan pengajaran, guru
seharusnya bijak menilai dan mengetahui akan keperluan atau sumbangan alat
bantu dalam penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan
seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti keberkaitan dengan topik yang diajar, kos dan masa
penyediaan yang diperlukan, kandungan nilai-nilai murni dan sebagainya.
PENGURUSAN SUMBER
Pengurusan
sumber adalah proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna.
Pengurusan sumber seperti bahan cetak, penyusunan dan penyimpanan mengikut jenisnya
adalah diperlukan dan pelaksanaan pengurusan sumber ini melibatkan pihak
sekolah, murid dan juga ibu bapa. Pengurusan sumber bertujuan untuk melicinkan
aktiviti-aktiviti bilik darjah, menimbulkan minat dan semangat belajar murid,
mewujud suasana pembelajaran yang mencabar dan menjamin prestasi murid.
BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
Pusat sumber adalah suatu tempat yang
memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa, ia juga menawarkan
perkhidmatan yang membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam
pembelajaran. Kolesi bahan pusat sumber juga adalah lengkap sentiasa
dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Pusat sumber sebagai agen
perubahan juga memupuk potensi dan minat murid.
Sehubungan dengan itu, selain
daripada maklulmat dari agensi luar, bahan-bahan dan alat-alat yang sedia ada
di pusat sumber sesuai digunakan dalam proses pembelajaran, guru mempunyai
kebebasan untuk membuat pemilihan dan penilaian bahan-bahan tersebut sebelum
menggunakannya. Pusat sumber juga menggalakkan aktiviti membaca dan
mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
Pusat sumber sekolah (PSS) yang
berkesan mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya ialah warga sekolah mengenali
pengurus PSS, terdapat pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan PSS,
perkhidmatan dan koleksi digunakan, lokasi PSS yang strategik, warga sekolah
suka mengguna PSS dan faham peranan PSS. Pembentukan PSS yang berkesan
melibatkan langkah-langkah bermula dengan penubuhan AJK dan pelantikan
kakitangan, rancangan-rancangan berkenaan, latihan dan bengkel, orientasi dan
pelanggan, pengemaskini rekod pengurusan, galakan penggunaan dan penyediaan
laporan tahunan.
Pembelajaran berasaskan sumber
menekankan pengetahuan pelajar, ia meliputi mata pelajaran tertentu atau
melibatkan berbagai disiplin pelajaran. Dalam pembelajaran berasaskan sumber,
pembelajaran adalah berpusat kepada murid. Melalui pembelajaran berasaskan
sumber, murid dapat belajar secara aktif, keyakinan diri dan motivasi belajar
murid juga dapat ditingkatkan dengan adanya bimbingan dan tunjuk ajar dari
guru.
BAB 8: STRATEGI MENGURUS
BILIK DARJAH DAN KOMUNIKASI
Bilik
darjah telah mengalami perubahan dari zaman dahulu hingga sekarang dari segi
penambahan bilangan murid dan penggunaan tempat mengajar. Dewasa ini, sebuah
bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja, papan hitam,
alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu
kelas.
Unsur Fizikal Bilik Darjah
Penyusunan
bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, persekitaran
fizikal bilik darjah yang baik dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Penyusunan bilik darjah melibatkan beberapa aspek seperti masa,
tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan
secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran, aspek-aspek
tersebut adalah penting dalam mencapai objektif tertentu.
Dalam menjalankan rutin di bilik
darjah, guru memainkan peranan penting dalam memeriksa keadaan fizikal bilik
darjah, menetapkan waktu pelaksanaan rutin bilik darjah, menyedia dan menyusun
bahan pelajaran, memilih dan merancang rutin yang sesuai, sempurna dan
sistematik. Pelaksanan rutin yang sistematik dapat melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran, menjimatkan masa, menimbul rasa selamat, memupuk kemahiran
kepimpinan dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan murid serta dapat
mengawal disiplin dalam bilik darjah.
INTERAKSI DALAM BILIK
DARJAH
Interaksi
dalam bilik darjah adalah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara
sekurang-kurangnya dua orang atau kumpulan murid dalam bilik darjah.
Terdapat beberapa jenis interaksi
corak lisan, antaranya termasuk interaksi sehala atau interaksi tradisional di
mana guru mengawal segala aktiviti kelas dan tiada interaksi antara murid
dengan murid. Interaksi dua hala dan antara guru dan murid pula menggalakkan penglibatan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Manakala
interaksi dua hala antara murid dengan murid dapat menggalakkan pembelajaran
koperatif dan kolaboratif serta dapat mengeratkan hubungan antara murid dengan
murid. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid
pula menggalakkan komunikasi berkesan dan suasana pembelajaran kondusif.
IKLIM BILIK DARJAH
Suasana
bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan
suasana emosi. Setiap suasana bilik darjah mempunyai kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Suasana emosi bilik darjah adalah lebih penting daripada suasana
fizikal dan sosial, ia merupakan gabungan daripada suara, kelucuan, penggunaan
pujian, sikap dan ekspektasi bilik darjah, kemesraan, stail, kawalan serta
kepimpinan dan kaedah mengajar.Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam
menentu suasana bilik darjah.
Secara kesimpulannya, strategi
pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti
unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan
daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.
KOMUNIKASI
BERKESAN DALAM BILIK DARJAH
Komunikasi
berkesan dalam bilik darjah atau proses pengajaran dan pembelajaran apabila
pelajar memahami betul-betul apa yang disampaikan oleh guru. Kefahaman ini
diterjemah dalam bentuk tindakan yang betul. Komunikasi yang berkesan mempunyai
ciri-ciri seperti keseronokan, pengaruh kepada sikap, pengeratan hubungan dan
kewujudan tindakan yang dikehendaki.
Komunikasi berkesan sering
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti mesej jelas, mudah, hubungan sosial
antara dua pihak, kepercayaan dan kewibawaan, kaedan penyampaian mesej,
keupayaan mendengar dan memahami mesej tersirat dan sebagainya. Terdapat juga
halangan-halangan dalam komunikasi seperti komunikasi sehala, prasangka,
masalah sematik, pilih kasih dan kecacatan system pendengaran dan pertuturan.
KOMUNIKASI MESRA
GURU-PELAJAR
Komunikasi
mesra guru-pelajar bertujuan meningkatkan hubungan baik antara guru dengan
pelajar. Komunikasi mesra ini dapat terjalin apabila guru dan pelajar saling
memahami, mematuhi etika dalam komunikasi supaya rasa hormat antara satu sama
lain dapat diwujudkan, berbudi bahasa dan bersopan santun dengan memberi
senyuman apabila bertemu, pengunaan perkataan yang sesuai ketika bercakap,
pengunaaan nada yang lembut dan harmoni serta bersabar ketika berkomunikasi.
KEWIBAWAAN GURU DALAM
KOMUNIKASI
Kewibawaan
guru merupakan keistimewaan yang ada pada guru yang boleh mempengaruhi pelajar
untuk berubah sikap, cara berfikir, tingkahlaku, dan cara berkomunikasi. Ketika
berkomunikasi, kewibawaan seseorang guru dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti kebolehpercayaan, berkepakaran, dinamik, ketakalan, jujur dan ikhlas,
mementingkan para pelajar, peramah, pengolahan mesej dan imej perucap guru.
BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN
Pengurusan disiplin merupakan alat untuk
mempertahankan hak individu dalam sekelompok masyarakat. Dalam sesebuah
sekolah, pengetua dan guru-guru mempunyai tanggungjawab secara langsung
terhadap semua kelakuan warga sekolah
terhadap murid-murid. Tindakan disiplin boleh dikenakan oleh pihak sekolah
terhadap warga sekolah yang melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, rayuan
boleh dibuat oleh pihak ibu bapa atau penjaga murid mengikut prosedur yang
ditetapkan jika hukuman seperti buang sekolah atau gantung sekolah dijatuhkan.
Pengurusan pelajar secara kolektif
yang dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar
bertujuan untuk menyelesai gejala sosial dalam kalangan pelajar. Bagi
menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah
bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di
sekolah. Ini bermakna seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara
kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan. Hukuman yang tidak dinyatakan dalam
peraturan-peraturan pelajaran seperti mengetuk, menapar, mencubit dan
sebagainya adalah dilarang disebabkan hukuman tersebut berbentuk penyeksaan dan
adalah melampau.
Bagi jenis kesalahan berbentuk
jenayah, mengikut kanun Prosedur Jenayah adalah menjadi satu kewajipan
melainkan jika ada sebab-sebab yang berpatutan bagi orang ramai termasuk warga
sekolah memberi maklumat berkenaan dengan berlakunya atau niat mana-mana orang
yang hendak melakukan kesalahan-kesalahan seperti merusuh, mendatangkan kematian
tanpa niat, membunuh dan cuba membunuh, merompak, membakar bangunan, memeras
ugut, menganggotai kumpulan haram dan mengedar atau menyalahgunakan dadah atau
kedua-duanya sekali.
Semasa menyelesaikan masalah
disiplin, kesalahan murid perlulah dilihat secara objektif tanpa mengikut emosi
dan membuat kesimpulan terburu-buru. Suasana tenang juga hendaklah diwujudkan
semasa siasatan dibuat dan dapatkan bukti-bukti atau saksi-saksi. Selain itu,
pelajar terbabit perlu diberi peluang untuk membuat penjelasan dan bantuan
perlu diberi supaya pelajar tersebut sedar akan kesalahannya. Manakala
kesalahan displin yang serius perlu dimaklumkan kepada pengetua dan merujuk
kes-kes tertentu kepada pihak berkuasa jika perlu.
Pengurusan disiplin yang berkesan
dapat dicapai apabila semua guru dapat memberi sokongan dan kerjasama, panduan
atau pekeliling sentiasa dirujuk, system fail atau data sentiasa dikemaskini,
program seperti program pembangunan sahsiah dan program permuafakatan bersepadu
dijalankan, kajian dan pemantauan dijalankan.
Kesimpulannya, pengurusan disiplin
memerlukan sokongan dan kerjasama semua warga sekolah dan masyarakat supaya
suasana sekolah dan persekitaran pembelajaran yang aman dan harmoni dapat
diwujudkan.
BAB 10: KEPIMPINAN ASAS DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
Pengurusan penasihatan murid terbahagi
kepada tiga jenis proses iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Bimbingan
merupakan proses membantu individu membuat keputusan, penasihatan adalah proses
menasihati individu atau kumpulan, manakala mentoring ialah proses memberi
bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional dalam menghadapi krisis
hidup dan pembangunan diri individu.
Dalam pengurusan penasihatan murid,
pembimbing dan penasihat, kaunselor serta guru disiplin memainkan peranan
penting. Pembimbing dan penasihat berupaya dan sentiasa bersedia untuk menolong
pelajar yang memerlukan bantuan, kaunselor membantu perkembangan pelajar dan
menyelesai masalah, manakala guru disiplin menjaga disiplin pelajar dan
memastikan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
KONSEP PENASIHATAN
Menurut Zuraidah (1994), penasihatan
adalah memberi nasihat dengan tanpa memahami, memeriksa dan menjelajah masalah
individu. Menurut Kamus Dewan(1994), penasihatan adalah ajaran, petunjuk yang
baik, peringatan, mengusulkan, mengsyorkan atau menganjurkan tentang pelbagai
hal.
Sehubungan dengan itu, penasihatan
memberi tumpuan kepada masalah sahaja, ia berbentuk arahan atau suruhan
daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti dan juga merupakan strategi
paling cepat untuk mengatasi permasalahan.
Dalam sesebuah sekolah, penasihatan
adalah penting kerana ia diperlukan untuk membantu pelajar menjadi lebih
berdisiplin dan menjauhi diri dari salah laku akademik. Seseorang penasihat
sepatutnya bersikap positif, tinggi motivasi dan prihatin serta berilmu.
Penasihatan perlu diberi apabila pelajar menghadapi masalah dalam pencapaian
akademik seperti mengulangi peperiksaan. Bagi pelajar bermasalah sahsiah pula,
penasihatan perlu diberi apabila berlakunya penyelewengan akademik, ketidakjujuran,
ketidaksaksamaan dan sebagainya.
PERBEZAAN ANTARA
PENASIHATAN DAN KAUNSELING
Terdapat perbezaan antara
penasihatan dan kaunseling. Penasihatan memberi fokus kepada permasalahan,
boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, memerlukan masa singkat dan tindakan tidak
dipantau oleh penasihat. Kaunseling pula memberi fokus kepada individu
bermasalah, dilaksana oleh individu terlatih dalam bidang berkenaan, memerlukan
masa yang lebih panjang dan sentiasa dipantau.
TEKNIK DAN STRATEGI DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
Teknik dan strategi yang bersesuai adalah
penting dalam menangani permasalahan pelajar. Ia dapat membantu guru dalam
proses memberi kesedaran kepada pelajar untuk memperbaiki pemikiran, perasaan,
sikap dan tingkahlaku.
Antara teknik yang digunakan dalam
bimbingan dan penasihatan ialah teknik pendekatan afektif atau teknik berbual
kosong, teknik berasaskan pendekatan behavioral dan teknik berasaskan
pendekatan kognitif, Dengan menggunakan teknik-teknik tersebut, proses
bimbingan dan penasihatan menjadi lebih efektif dan mudah di samping dapat
menceriakan dan menghidupkan suasana sesi.
Untuk menjadi pembimbing dan
penasihat berkesan, seseorang guru harus bersifat positif, ikhlas, prihatin,
berkeyakinan, berkredibiliti tinggi, berpengetahuan dalam bidang ini, bersikap
amanah, beretika dan sebagainya.
MENTORING
Secara keseluruhan, mentoring merupakan
agensi bimbingan, membantu pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman
serta membentuk sikap dan sahsiah diri yang baik.
Pada umumnya, mentoring membantu
pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi, memberi bimbingan yang sempurna
kepada setiap kecerdasan atau potensi pelajar, memupuk semangat dan perasaan
persaudaraan, kekitaan dan tanggungjawab bersama dan memupuk minat, ingin tahu
dan bakat pelajar mengikut kemampuan dan peringkat pelajar.
Secara khasnya, mentoring menolong
pelajar bermasalah emosi, membantu pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling, menolong perkembangan pelajar dalam bidang yang diminati, memupuk
perpaduan dan mengawal disiplin pelajar.
Melalui mentoring, mentor dapat
membina kemahiran pemantauan dalam sesebuah organisasi, mendapat kepuasan diri
dan dapat berkongsi pengalaman. Manakala mentee dapat membina hubungan baik
dengan orang lain, menyelesaikan masalah, mengurangkan kadar jenayah di sekolah
dan memupuk semangat pelajar.
BAB 11: PENGURUSAN
PELBAGAI BUDAYA
Kepelbagaian
budaya yang wujud dalam kalangan pelajar adalah suatu hakikat yang perlu
diterima dan difahami dengan sebaik-baiknya. Perbezaannya termasuk etnik,
agama, bahasa, gender, status ekonomi dan keupayaan fizikal dan mental. Oleh
itu, keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza.
Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus oleh guru namun terdapat
sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru
yang minimum.
Terdapat dua pendekatan bagi
menakrifkan perbezaan antara pelajar, antaranya ialah pendekatan pelajar
sebagai individu dan pendekatan kurikulum.
Pendekatan pelajar sebagai individu
adalah amalan tradisional di kebanyakan negara di mana perbezaan pelajar
ditekankan berdasarkan ciri-ciri individu seperti kecacatan, latar belakang
sosial atau sifat-sifat psikologi. Pendekatan kurikulum pula menekankan
perbezaan pelajar berdasarkan tugas dan aktiviti yang disediakan untuk pelajar
dan keadaan yang diwujudkan di bilik darjah, Pendekatan ini bertujuan untuk
memahami masalah pelajar dalam proses persekolahan mereka dan menyediakan skop
sokongan kepada lebih ramai pelajar termasuk pelajar yang diasingkan daripada
sekolah dan kelas biasa.
TUJUAN DAN STRATEGI PEMBEZAAN
Tujuan pembezaan adalah untuk
menggalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan cara
membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza untuk
membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang boleh mereka lakukan.
Terdapat beberapa jenis pembezaan
yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan
pelajar dan kurikulum seperti pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan
isi kandungan, pembezaan kadar belajar, pembezaan dari segi tahap dan
sebagainya.
Bagi menangani kepelbagaian pelajar
secara berkesan dan berkualiti, pendidikan dan perkembangan guru boleh berlaku
dalam tiga kaedah iaitu melalui program perguruan asas, melalui kursus dan
perkhidmatan dan program pengembangan staf berpusatkan sekolah.
Kesimpulannya, guru merupakan aset
penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Oleh itu, guru-guru
harus berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari
mempunyai kepelbagaian budaya.
BAB 12: PENGURUSAN MURID
Pengurusan
murid adalah penting kerana pelaksanaannya akan mencerminkan prestasi sesebuah
sekolah. Pengurusan murid berasaskan kepada perancangan kerja atau program,
pengelolaan murid secara berkesan, pemilihan cara berkesan, penyeliaan aktiviti
dan pengawalan prestasi pelajar. Pengurusan murid mestilah dilaksanakan
berpandukan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan(DPK) negara kita. Hal ini penting supaya segala urusan murid
bertepatan dengan matlamat sekolah dan negara.
Pengurusan murid mempunyai beberapa
elemen penting. Antaranya ialah pengurusan rekod murid, kesediaan belajar murid
dan memotivasikan murid. Setiap elemen tersebut mempunyai peranan masing-masing
dan memerlukan perancangan yang baik dan rapi.
Pengurusan rekod murid membolehkan
guru menguruskan pelajar secara efektif dari segi kehadiran, disiplin,
penilaian dan kokurikulum. Kesediaan pelajar adalah keadaan dalam seseorang
individu yang bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi serta berupaya untuk
mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran. Motivasi
pula merupakan rangsangan yang menggerakkan individu melakukan sesuatu. Ia
terbahagi kepada insentif dan motif.
Kesimpulannya, pengurusan murid yang
bersistematik dan rapi dapat membawa
semua warga sekolah yang terlibat dalam pengurusan murid perlu melakukan
tugas mereka dengan bertanggungjawab untuk melahirkan murid yang cemerlang dari
pelbagai aspek seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah pendidikan
Iman dan amal berkenaan ajaran tentang sikap dan kelakuan peribadi masyarakat
ke arah keamanan hidup seseorang. Menurut Al-Abrashy (1976), pendidikan Islam
bertujuan untuk mendidik murid supaya berkelakuan mulia dan sempurna,
mengamalkan dan menghayati nilai-nilai Islam, memupukkan murid dengan
kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta pelbagai amalan yang baik.
PERANCANGAN PENYAMPAIAN PENGAJARAN
Komponen utama dalam perancangan
penyampaian pengajaran adalah set induksi, langkah perkembangan dan penutup.
Kaedah yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kaedah hafalan, kaedah syarahan, kaedah soal jawab,
kaedah perbincangan, kaedah bercerita, kaedah ulangan dan kaedah tunjuk cara.
Setiap kaedah tersebut dapat membantu keberkesanan penyampaian pengetahuan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas menggunakan
kaedah-kaedah tertentu untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek,
emosi dan sosial murid-murid yang berkeperluan khas, iaitu murid yang mengalami
kecacatan atau kurang upaya dari segi fizikal atau mental.
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari,
mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif
selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Tujuan pendidikan khas adalah untuk
menyediakan peluang pendidikan yang sesuai dan peluang untuk mengembangkan
potensi kepada murid-murid dengan keperluan khas.
PENGURUSAN MURID DALAM PENDIDIKAN KHAS
Pengurusan murid bilik darjah dalam pendidikan khas,
guru memainkan peranan penting dalam pengurusan masalah tingkah laku murid
khas. Pengurusan tingkah laku merupakan suatu proses
pengajaran dan pembelajaran akademik mahupun sosial.
Antara peranan guru
dalam pengurusan tingkah laku murid termasuk menganalisis masalah dan faktor salah laku murid serta bekerjasama
dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Untuk menangani
masalah tingkah laku murid khas dalam bilik darjah, guru boleh menggunakan
kaedah seperti sistem token, kaedah galakan, kaedah tindakan berpadan, sistem
hukuman dan sebagainya.
BAB 13: SEKOLAH DAN
PERSEKITARAN
Hubungan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Masyarakat.
Dalam mencapai matlamat yang sama, hubungan tiga dimensi
antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlulah mantap dan akrab. Selain itu,
hubungan tiga dimensi tersebut dapat membawa faedah kepada tiga pihak tersebut.
Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak
dapat beroperasi bersendirian dan adalah kompleks. Oleh itu, dalam
mengatasinya, keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan
masyarakat adalah sangat diperlukan.
Kepentingan
Perkongsian
Masyarakat dan sekolah adalah saling memerlukan,
sekolah merupakan agen perubahan masyarakat dan ini bermakna bahawa masalah
masyarakat merupakan masalah sekolah
juga. Sekolah juga memerlukan penglibatan masyarakat dalam menjaga
keselamatannya. Contohnya, melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah, hubungan
kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras
perbuatan jenayah yang melibatkan murid.
Hubungan Sekolah
dengan Ibu Bapa (PIBG)
Antara peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah
menjalinkan hubungan baik antara guru dan ibu bapa supaya guru dapat bertugas
dengan bersemangat dan selesa tanpa prasangka antara satu sama lain. Perbincangan
juga hendaklah sentiasa diadakan dengan untuk mengatasi sebarang masalah yang
dihadapi.
Selain
itu, kepakaran dalam kalangan masyarakat juga diperlukan. Penglibatan aktif
PIBG dapat menarik minat dan memberikan motivasi kepada pelajar di samping
membantu perkembangan dan pencapaian sesebuah sekolah.
Kesimpulannya,
pengurusan PIBG yang cekap akan melahirkan sekolah yang cemerlang. Hubungan dan kerjasama yang
baik antara sekolah dengan PIBG akan mewujudkan pemuafakatan bagi menjana
kecemerlangan sekolah dan melahirkan modal insan.
BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengurusan alam pembelajaran penting
bagi memenuhi masa yang diperuntukkan unutk mengajar, memastikan objektif
pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat
menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
PERSEDIAAN KE ALAM PERSEKOLAHAN
Pengajaran
ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar.
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran, aspek-aspek seperti masa yang
diperuntukan, kehendak objektif, keberkesanan dan keseronokan harus
dipertimbangkan. Objektif
pembelajaran berbentuk implisit melibatkan
perubahan tingkah laku yang ketara, manakala objektif eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh
dilihat.
Komponen-komponen yang perlu diambil
kira dalam merekabentuk pengajaran ialah objektif pengajaran, strategi
pengajaran yang sesuai, bahan bantu mengajar, maklum balas pelajar dan
penilaian.
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah dari set induksi,
penyampaian isi dan akhirnya penutup. Set induksi adalah langkah permulaan
dalam proses P&P dan bertujuan untuk menarik minat pelajar. Penyampaian isi
pula merupakan langkah yang memerlukan teknik penyampaian dan menyoal yang baik
dan adalah langkah yang penting dalam proses P&P. Penutup pula merupakan
langkah terakhir dalam proses P&P dengan aktiviti seperti penilaian
objektif pengajaran, membuat kesimpulan atau rumusan.
Sebelum mengajar, seseorang guru
harus membuat penulisan persediaan mengajar, persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar,
persediaan bahan pengajaran, persediaan ruang
pengajaran serta persediaan kemahiran dalam pengajaran.
KAJIAN
DI SEKOLAH
Menurut Bartlett (2001), kajian bermaksud pengumpulan data secara sistematik,
pembentangan, dan analisis data. Kajian bertujuan untuk memajukan teori atau
menyelesaikan masalah.
Kajian kes pengurusan pendidikan bertujuan untuk melahirkan lebih ramai
pegawai termasuk di Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan kajian kes yang
berkualiti dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
RANCANGAN
ORIENTASI SEKOLAH (ROS)
Rancangan orientasi sekolah bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih
memahami situasi di sekolah berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program
ini memberi peluang kepada guru untuk menyesuaikan diri, meninjau persekitaran, mengenali pengurusan, kurikulum, dan
prasarana, membuat pemerhatian
aplikasi teori P&P dalam bilik darjah, mendapat pengalaman dan memupuk
budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan
Dalam ROS, perana guru pelatih adalah menghadiri taklimat, memahami objektif, melapor diri dan membina hubungan baik dengan
pihak sekolah, mengamalkan etika,
melibatkan diri dalam kokurikulum,
mengumpul data, menyediakan folio berkenaan, menyerahkan borang rumusan serta
folia kepada pensyarah dan menanggung perbelanjaan sendiri.
Pihak sekolah pula bertanggungjawab
dalam memberi kerjasama kepada pihak
UPSI, melantik guru yang berpengalaman sebagai guru pendamping, membantu guru pelatih
menyesuaikan diri dan mengumpul maklumat sekolah, memberi peluang untuk membuat
pemerhatian semasa guru berpengalaman mengajar, mengawasi displin dan kehadiran
guru pelatih, melapor sebarang kes mengenai guru pelatih kepada UPSI dan
menyerahkan borang rumusan kehadiran dan dokumen berkenaan kepada UPSI.
Guru pendamping pula
berperanan dalam membimbing guru pelatih, memaklumkan kemajuan guru pelatih
kepada pengetua dan menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan dengan
guru pelatih.
Akhir sekali, pensyarah
bimbingan bertanggungjawab dalam menjelaskan konsep, objektif dan tugasan ROS,
menyemak folio serta dokumen berkenaan, menjalankan perbincangan, membuat
rumusan, membuat lawatan dan menyimpan rekod penilaian ROS.
No comments:
Post a Comment